Saturday, June 18, 2011

Bunga Pahar

Cantik Coklat mengucapkan terima kasih kepada Dr Ruhaila, Pakar Perubatan yang sudi menempah coklat sempena Majlis Khatam Al-Quran anak perempuan sulung beliau. Kami juga mengucapkan terima kasih kerana menjemput kami ke majlis tersebut. Penat nak menjelaskan pada Awwal bahawa tiada pengantin kerana ada pelamin yang cantik sehingga Awwal asyik bertanya pengantinnya mana. Tahniah kami ucapkan kepada anak Dr Ruhaila kerana pada usia yang begitu kecil sudah khatam Al-Quran, semoga menjadi anak yang solehah :)





Saya punya coklat ni! kata Cokelat si kucing





Selamat Hari Bapa

Terima kasih kepada Cik Farah kerana menempah coklat dari kami untuk bapa beliau sempena hari bapa. Saya di Cantik Coklat juga mahu mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayahanda saya En. Mohd Saman bin Haji Sanusi dan suami tersayang Mr Wanzs. Semoga kehidupan diberkati Tuhan, aminn :)


Friday, June 10, 2011

Coklat Lagi!

Terima kasih kepada sahabat saya kerana sudi menempah coklat untuk majlis pertunangan adiknya. Temanya ialah merah jambu dan hijau. Love Box Choc ini pula adalah tempahan yang lepas, tapi saya tertinggal upload di blog ini. Kelas coklat pada bulan Mei juga ada berlangsung, tapi memory card tiada pula dalam kamera semasa mengambil gambar Pn Najah. Terima kasih kerana sudi belajar coklat dengan kami. Kami di Cantik Coklat mendoakan semoga Pn Najah berjaya :)





Thursday, April 21, 2011

Panggilan Ilahi

Pihak Cantik Coklat memohon maaf sekiranya pada 2 minggu yang lepas (6 April-18 April 2011) tidak menjawab sebarang panggilan telefon dan email. Selama 2 minggu kami sekeluarga dengan izin Allah Taala menjadi tetamunya di Baitullah dan menziarahi makam Rasulullah SAW. Pengalaman yang mengasyikkan dan hati seolah-olah telah tertinggal di sana. Semoga Allah yang Maha Besar mengizinkan kami menjadi tetamu-Nya lagi...Amin.








Saturday, March 26, 2011

Kelas Coklat Mac 2011

AlhamdulilLah pada 19 Mac yang lepas, satu kelas coklat dapat diadakan dengan lancar selepas beberapa kali ditangguhkan. 'Aainaa Hanisah sangat pantas belajar, bermula pukul 9.30 pagi, tamat kelas pada pukul 3.30 ptg...itupun kami ada keluar ke kedai bakery dan kedai makan. Pantas kan 'Aainaa ni? ;)

Cantik Coklat mengucapkan terima kasih kepada 'Aainaa kerana sudi datang belajar membuat coklat dengan kami. Semoga berjaya dan Cantik Coklat juga mengucapkan Selamat Bakal Pengantin Baru, semoga majlis akan berjalan dengan lancar :)