Friday, November 26, 2010

Birthday-Love Chocolate Box

Warna oren dan pink adalah pilihan untuk love chocolate box dengan 3 kuntum ros pink di dalamnya. Seronok buat dekorasi pada penutupnya...dan paling payah sekali bila nak menulis Happy Birthday dengan si kecil yang sekejap2 menyinggung siku si ibu. Si comel ni pun nak buat coklat rupanya :) tapi bukannya jadi banyak buat tapi banyak yang masuk mulutnya...hehehe..
Semoga hadiah untuk harijadi ibu ini jadi sangat bermakna. Terima kasih pada Kak Pah kerana memesan coklat ini untuk sahabat anaknya :)

Thursday, November 25, 2010

Hadiah Dari Kekasih

Antara tempahan yang saya terima pada minggu ini adalah tempahan dari pasangan kekasih yang gambarnya tercetak pada Coklat Oreo di bawah. Coklat ini telah diposkan kepada si kekasih di Kota Tinggi dari Myra di Johor Bahru. Semoga coklatnya sampai dalam keadaan baik :)

Saturday, November 20, 2010

Love Box & Lollichoc Rose

AlhamdulilLah siap lagi tempahan untuk 2 orang sahabat sekerja saya. Kedua-duanya memang sangat suka membeli Cantik Coklat. Kali ni tempahannya adalah 100 batang lollichoc rose untuk majlis kenduri doa selamat dan love box chocolate berisi 3 biji coklat rose. Love box chocolate tu boleh makan ya :) kadang-kadang rasa lucu pun iye bila ada yang kata sayang nak makan kotak coklat tu sebab cantik sangat...hmmm, makan dulu lepas tu tempah lagi. Hehehe...nanti dapat pesan warna lain pula ;)

Tuesday, November 16, 2010

Chocolate For My Niece

Salam Aidil Adha semua...kali ini saya ingin kongsikan coklat khas untuk anak saudara saya yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ni. Semoga beliau terus cemerlang dalam pelajaran :)





Friday, November 12, 2010

Coklat 12 Cavity

Dua kotak coklat ni ditempah oleh seorang teman dalam jangkamasa yang singkat iaitu untuk tempahan esok hari. Biasanya saya memerlukan masa seminggu untuk tempahan. Tapi demi sahabat saya ni yang memang selalu rajin membeli Cantik Coklat saya siapkan juga. Semalaman juga nak menyiapkan coklat ni, tapi yang lamanya bukan apa...nak menyiapkan reben tu yang lama...hehehe. Terima kasih kepada sahabat saya sebab sudi menempah Cantik Coklat. Harap empunya badan gembira menerima coklat ni :)

Thursday, November 11, 2010

Coklat Oreo

AlhamduliLLah tempahan kali ni sempat publish dalam blog.Sebelum ni ada juga tempahan tapi tak sempat nak update dalam blog ni. Kali ni adalah coklat oreo yang merupakan coklat dengan inti biskut Oreo, mmmm...sedappp... Terima kasih kepada Teacher Ros (teacher Awwal Zulfa) atas tempahan dan Khirul yang menempah Upin Ipin untuk anak2 buahnya...mesti seronok budak2 tu dapat coklat nanti :) Tak lupa juga terima kasih pada kanda Wanzs sebab mengajar ilmu editing baru masa nak edit gambar2 ni. Ok, enjoy the pics...! eheh macam kukenal je ayat ni ;)