Friday, October 29, 2010

Hantaran Coklat

Ini adalah hasil tempahan dari teman-teman sekerja. Walaupun demam teruk minggu ni tapi disiapkan juga kerana tempahan sudah dibuat beberapa minggu awal. Menepati janji adalah satu kemestian bagi Cantik Coklat. Tapi itulah bila dibuat masa demam decoration nya pun nampak macam demam juga...maaf sangat2 pada Pn. Rohani dan Cik Juliana sebab deco nya biasa2 je...dan tidak lupa saya ucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka berdua kerana menempah Cantik Coklat, dan kepada kanda Wanzs sebab sabar menjaga saya masa demam ;)


Saturday, October 23, 2010

Kelas Coklat

Kelas coklat pertama dihadiri oleh Aisyah...seronok dapat mengajar buat coklat :) terima kasih kepada Aisyah kerana sudi datang belajar dengan saya :) Di bawah adalah gambar2 coklat yang dibuat dan dibawa pulang Aisyah selepas habis belajar. Anda ingin belajar membuat coklat juga? Sudah tentu boleh!

Friday, October 22, 2010

Coklat Hantaran





Sekotak coklat 35 cavity ni khusus sempena majlis perkahwinan seorang sahabat lama :)

Lollichoc Flower

Lollichoc flower



Coklat Cantik

Assalammualaikum...saya mulakan dengan pengenalan pertama ini sebagai mukaddimah homemade Cantik Coklat. Di bawah adalah coklat dengan cavity yang pelbagai dan juga Lollichoc Rose. Terdapat pelbagai perisa seperti strawberri, blueberry, vanilla, orange, cappuccino, kacang badam dan hazel. Anda juga boleh memilih samada coklat manis (milk coklat), coklat kurang manis dan dark coklat. semestinya dark coklat lebih baik kerana tinggi antioksidan, cuma kurang digemari si kecil :)