Saturday, June 18, 2011

Bunga Pahar

Cantik Coklat mengucapkan terima kasih kepada Dr Ruhaila, Pakar Perubatan yang sudi menempah coklat sempena Majlis Khatam Al-Quran anak perempuan sulung beliau. Kami juga mengucapkan terima kasih kerana menjemput kami ke majlis tersebut. Penat nak menjelaskan pada Awwal bahawa tiada pengantin kerana ada pelamin yang cantik sehingga Awwal asyik bertanya pengantinnya mana. Tahniah kami ucapkan kepada anak Dr Ruhaila kerana pada usia yang begitu kecil sudah khatam Al-Quran, semoga menjadi anak yang solehah :)





Saya punya coklat ni! kata Cokelat si kucing





Selamat Hari Bapa

Terima kasih kepada Cik Farah kerana menempah coklat dari kami untuk bapa beliau sempena hari bapa. Saya di Cantik Coklat juga mahu mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayahanda saya En. Mohd Saman bin Haji Sanusi dan suami tersayang Mr Wanzs. Semoga kehidupan diberkati Tuhan, aminn :)


Friday, June 10, 2011

Coklat Lagi!

Terima kasih kepada sahabat saya kerana sudi menempah coklat untuk majlis pertunangan adiknya. Temanya ialah merah jambu dan hijau. Love Box Choc ini pula adalah tempahan yang lepas, tapi saya tertinggal upload di blog ini. Kelas coklat pada bulan Mei juga ada berlangsung, tapi memory card tiada pula dalam kamera semasa mengambil gambar Pn Najah. Terima kasih kerana sudi belajar coklat dengan kami. Kami di Cantik Coklat mendoakan semoga Pn Najah berjaya :)





Thursday, April 21, 2011

Panggilan Ilahi

Pihak Cantik Coklat memohon maaf sekiranya pada 2 minggu yang lepas (6 April-18 April 2011) tidak menjawab sebarang panggilan telefon dan email. Selama 2 minggu kami sekeluarga dengan izin Allah Taala menjadi tetamunya di Baitullah dan menziarahi makam Rasulullah SAW. Pengalaman yang mengasyikkan dan hati seolah-olah telah tertinggal di sana. Semoga Allah yang Maha Besar mengizinkan kami menjadi tetamu-Nya lagi...Amin.








Saturday, March 26, 2011

Kelas Coklat Mac 2011

AlhamdulilLah pada 19 Mac yang lepas, satu kelas coklat dapat diadakan dengan lancar selepas beberapa kali ditangguhkan. 'Aainaa Hanisah sangat pantas belajar, bermula pukul 9.30 pagi, tamat kelas pada pukul 3.30 ptg...itupun kami ada keluar ke kedai bakery dan kedai makan. Pantas kan 'Aainaa ni? ;)

Cantik Coklat mengucapkan terima kasih kepada 'Aainaa kerana sudi datang belajar membuat coklat dengan kami. Semoga berjaya dan Cantik Coklat juga mengucapkan Selamat Bakal Pengantin Baru, semoga majlis akan berjalan dengan lancar :)




Friday, February 25, 2011

Doorgift Untuk Si Comel

Doorgift kali ini untuk anak sahabat saya sempena majlis kesyukuran & potong jambul yang diadakan pada Sabtu ini. Saya meletakkan tema kuning dan purple kerana saya ingatkan majlis ini untuk baby Harith sahaja. Mana tahu rupa2nya si comel seorang lagi (sepupu Harith) pun diraikan bersama. Jika tidak pasti warnanya purple-kuning-pink atau biru-kuning-pink. Apa2 pun saya ucapkan terima kasih banyak kepada sahabat saya yang sudi menempah Cantik Coklat. Kepada pembaca semua, lihat2lah blog ibu Harith ni: http://babywear-wardrobe.blogspot.com yang menyediakan baju untuk baby dan kanak2. Happy blogging :)


Thursday, February 3, 2011

Mari Makan Coklat...Nyum...Nyum!!!

Sempena cuti pada Tahun Baru Cina ini terdapat tempahan coklat oreo, doorgift chocolates dan love box chocolate. Selalunya kanak-kanak memang sangat suka pada coklat, terutamanya coklat oreo kerana corak kartun yang menarik dan sedap. Jika dihidang pada jamuan atau parti harijadi, memang cepat licinnya. Haa...kalau tak percaya, cuba tempah dan rasa sendiri...hehehe ;)





Wednesday, February 2, 2011

Coklat Oreo Pengantin

Coklat Oreo kali ini khas untuk anak saudara Teacher Bed, pengasuh Awwal Zulfa yang melangsungkan pernikahan semasa cuti Tahun Baru Cina. Cantik COklat mendoakan pasangan ini bahagia hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh/solehah... :) Credits to my dear husband for the photographs-shooting & editing. To view/follow his artworks, feel free to click here: meebandungsirehjunjung.blogspot.com

Coklat Hantaran

Coklat kali ini adalah coklat hantaran 35 cavity oleh Pn Akmar (kawan kepada Chik Leha) khas untuk adindanya yang mendapat jodoh dari Kedah. Terima kasih banyak kepada Pn Akmar yang berbadan dua kerana sudi menempah Cantik Coklat :) semoga mendapat baby yang comel, soleh/solehah dan bijaksana :) Credits to my dear husband, Wanzs for the photograpghs (shooting and editing-except the last pic,i edit myself :P )


Sunday, January 16, 2011

Kelas Coklat 2011

Hari Sabtu semalam merupakan pembukaan kelas coklat untuk tahun 2011. Kelas ini disertai oleh Pn Sabariah dan Pn Leha yang merupakan dua sahabat baik. Kedua-duanya tinggal di Muar dan sangat bersemangat untuk mempelajari cara pembuatan coklat. Yang seronoknya bila melihat mereka berasa sangat gembira membawa pulang hasil coklat yang telah dibuat sendiri. Saya juga tumpang gembira dan selamat maju jaya untuk Pn Leha dan Pn Sabariah :)




Coklat Door Gift

Akhirnya dapat juga saya update blog ni setelah sekian lama. Di bawah adalah coklat pesanan untuk majlis perpisahan Ketua Jabatan Paediatrik, HPSF. Kami sekeluarga juga hadir dalam majlis tersebut dan Awwal Zulfa berjaya mendapat tempat ke-3 untuk pertandingan pakaian beragam kanak-kanak. Gembira sungguh Awwal malam tu :D macam mana tak gembira, dah menang dapat hadiah dapat pula hamper cabutan bertuah 2 kali. Hehehe....rezeki Awwal malam tu...